Tuesday, July 1, 2008

Kehebatan Bolasepak Euro'08


Tirai Kejohanan Bolasepak Euro'08 dilabuhkan dengan menyaksikan Sepanyol mengungguli dan menempa nama sebagai juara bagi siri kejohanan kali ini. Dengan menewaskan satu lagi gergasi bolasepak dunia Jerman, mereka menamatkan badi selama 44 tahun tanpa sebarang trofi kemenangan dengan penuh bergaya.Kejayaan mereka telah dirai selama beberapa hari di bandar-bandar sekitar Sepanyol dan mengundang puluhan ribu penyokong yang turun bersama-sama memeriahkan sambutan kemenangan. Begitulah kuasa pengaruh bolasepak di kalangan masyarakat Sepanyol.

Nyata bolasepak perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar lagi. Sebagai contoh, mari kita lihat bagaimana kebanyakkan pemimpin negara-negara yang menyertai Kejohanan Euro'08 telah bersama-sama berkumpul bagi menyaksikan sendiri serta memberi sokongan kepada pasukan negara masing-masing. Semasa perlawanan separuh akhir antara Turki dan Jerman, kita dapat menyaksikan sendiri bagaimana pemimpin wanita Jerman, Angela Merkel bersorak bersama-sama para penonton bagi menaikkan moral pemain-pemain mereka. Ribuan penyokong Jerman telah merentasi sempadan Jerman-Austria umpama berarak ke medan perang semata-mata untuk memberikan sokongan kepada pasukan mereka. Dan lawan mereka Turki, juga tidak kurang hebatnya dan mempunyai sejarah tersendiri dalam sukan bolasepak. Puluhan ribu penyokong yang menyertai mereka telah memacu semangat kental pemain mereka bagi beraksi hebat menyaingi kehebatan Jerman. Turki dengan semangat juang yang tinggi nyata tidak mengecewakan para penyokong mereka menongkat kejohanan sehingga ke pusingan separuh akhir dan hampir membuat kejutan kepada Jerman.Bolasepak mampu menggerakkan RAKYAT seramai ini. Politik juga mampu menggerakkan RAKYAT seramai ini.

Elemen politik dan bolasepak berkait rapat sekiranya dapat disinergikan untuk membentuk satu kuasa yang amat kuat daya tarikannya.Sebagai contoh; bagaimana Piala Dunia dan Kejohanan Euro 2000 membantu populariti pemimpin Perancis setelah mereka muncul juara bagi kedua-dua kejohanan ini. Faktor'feel good'dikalangan RAKYAT telah membantu kerajaan memerintah untuk terus memerintah.Begitu juga dengan Perdana Menteri Itali Silvio Belusconi. Beliau pada mulanya hanya merupakan sorang hartawan yang terlibat dalam pelbagai perniagaan. Bagaimanapun populariti beliau telah melonjak hanya kerana memiliki kelab AC Milan yang pada ketika itu cukup hebat dan akhirnya menjadikan beliau Perdana Menteri Itali. Jerman merupakan negara dimana ramai RAKYAT Turki menumpang mencari rezeki kerana kedudukan geografinya. Turki selepas tewas di separuh akhir kepada Jerman, peliknya ramai penyokong-penyokong mereka telah mengalihkan sokongan mereka kepada Jerman bagi perlawanan akhir dengan Sepanyol walaupun negara itu telah menyingkirkan saingan mereka terdahulu.Begitulah bagaimana bolasepak dapat mempengaruhi geopolitik masyarakat setempat dan berhubungkait-kuat dengan politik.

Sudah tentu sebagai generasi merdeka pewaris negara menunggu-nunggu saat dan waktu bila Malaysia dapat menikmati kehebatan bersaing diperingkat tertinggi. Sekurang-kurangnya dapat juga kita menggunakan bolasepak sebagai instrumen perpaduan. Bayangkan ribuan rakyat berbilang kaum turun memenuhi ruang stadium bersama-sama KeBawah Duli Tuanku Agong ditemani Paklah, Karpal Singh, Lim Kit Siang beramai-ramai bersorak menyokong pasukan bolasepak negara. Bolasepak Malaysia harus bangkit kerana peluang ini teramat indah jika dapat dikecapi. Mungkin hanya satu-satunya jalan keluar bagi memupuk perpaduan di Malaysia kerana bolasepak tidak mengenal warna kulit mahupun fahaman politik.

2 comments:

Anonymous said...

Bro,

gua setuju dengan pandangan mengenai Bolasepak Malaysia harus bangkit kembali dan sukan ini adalah satu-satunye sukan yg tidak mengenal warna kulit mahupun fahaman politik.

Siv

Anonymous said...

Bukan sahaja bola sepak, malah sukan-sukan lain seperti badminton dan hoki juga dapat mengeratkan perhubungan antara rakyat yang berbilang kaum, berlainan agama dan juga berlainan fahaman politik.
Harap apa yg ditujukan oleh saudara dapat membuka mata pemerintah kita bahawa betapa pentingnya sukan dalam pembangunan negara tercinta ini.

Kurkur